Akhlak seorang penasyid @ pendakwah...
alhamdulillah, semakin hari semakin banyak group nasyid yang muncul dan nasyid bukan saja dapat tempat di kalangan pencinta hiburan islam tapi juga didengari oleh semua lapisan masyarakat yang masih lagi leka dengan hiburan yang melalaikan dan merosakkan. Sekurangnya nasyid didengari dan dapat jadi benteng di tengah kelalaian mendengar hiburan yang merosakkan. Dalam suatu wawancara dalam MHI dengan group nasyid HAIKAL, antara soalan yang ditanya kepada HAIKAL ialah boleh cari makan ke dalam situasi sekarang dah terlalu banyak group nasyid yang muncul, tak takut dengan persaingan ke. Alhamdulillah jawapan yang diberikan memang tepat, katanya semakin banyak group nasyid yang muncul semakin kuat irama nasyid di persada muzik malaysia, dan semoga ia dapat menenggelamkan hiburan lain yang jelas melalaikan manusia. Walaubagaimanapun, sebagaimana pendengar dan peminat nasyid, kita tak seharus terlalu memuja penasyid-penasyid yang ada. Sememangnya kita tak seharusnyanya memuja mereka tapi memberi sokongan dan dorongan supaya group2 nasyid meneruskan dakwah mereka melalui irama nasyid ini. Pujian yang melebihi pujian Allah kepada mereka bisa membuatkan mereka lalai dan tenggelam dalam arus pujian-pujian, dikagumi kerana suaranya yang mantap, diminati kerana paras rupa yang cantik. Memanglah niat mereka suci bersih untuk berdakwah menyampaikan hiburan yang mendidik jiwa tapi bayangkan jika kita sering muncul di kaca TV, sentiasa disebut-sebut. Kita yang hidup sebagai orang awam ini pun tak terlepas dari ujian ujub, riak, bangga diri dan sebagainya apatah lagi mereka yang hidup sebaris dengan mereka yang digelar artis. Mereka dihujani surat-surat peminat, diminta untuk bergambar, diminta autograf, batasilah semua ini dengan niat dihati bahawa aku adalah seorang pendakwah bukanlah seorang artis untuk mendapat publisiti Memetik kata-kata vokalis qatrunada,abu rawahah atau sekarang dikenali dengan mawaddah putera katanya dia malu digelar artis dan dilebih senang digelar pendakwah. Katanya bernasyid bukanlah untuk menonjolkan diri dikhalayak ramai tapi bernasyid untuk menglamourkan Tuhan, mempromosikan Tuhan kepada manusia. Penasyid hari ini juga tidak seharusnya mengharapkan bayaran untuk peribadi mereka tapi bayaran untuk setiap show adalah untuk menampung kos-kos maintenance dan sebagainya sebab apa yang mereka sampaikan adalah kalimah- kalimah Allah dan petikan hadith2 Nabi. Mereka ibarat ustaz yang sedang memberi kuliah cuma dalam konteks yang berbeza. Sebagaimana seorang tuan guru yang benar2 ikhlas yang menyampaikan ilmunya sudah tentu apa yang disampaikan akan diamalkan oleh anak murid yang mendengarnya. Begitulah para penasyid sekalian, ikhlaskan dirimu dalam perjuanganmu, adalah semata-mata untuk mencari redha Allah semata-mata dan bukanlah untuk mengharapkan pujian dan sanjungan dari manusia. Semoga apa yang disampaikan mampu mendidik jiwa manusia untuk kembali kepada Tuhan dan bukanlah sekadar hiburan semata-mata. Penasyid-penasyid juga harus menjadi role model kepada masyarakat khususnya remaja. Samada dari segi penampilan mereka, pergaulan, amal ibadah mereka haruslah selari dengan apa yang disampaikan. Juga kita sebagai pendengar dan peminat janganlah kita terlalu memuja mereka dengan menghantar surat peminat dan sebagainya lebih-lebih lagi di kalangan muslimat. Minatilah lagu dan liriknya jangan minat tuannya kerana anda bisa membuatkan penasyid-penasyid muslimin boleh cair apabila dipuji oleh seorang yang bernama wanita. Dorongan dan sokongan kita untuk mengekalkan dan memartabatkan hiburan yang diredhai Allah ini di atas muka bumi ini dan menenggelamkan hiburan barat yang merupakan salah satu agenda barat untuk menghancurkan islam. Belilah kaset dan CD yang original untuk menyokong penasyid-penasyid kita untuk terus berjuang dalam persada irama nasyid di malaysia. " Berhati-hatilah menggunakan kalimah suci. Kalimah-kalimah suci jangan dijadikan untuk berlalai-lalai atau mencari rezeki. Janganlah dijadikan lafaz-lafaz yang mulia untuk cari nama. Untuk mendapatkan harta, dunia dan glamour " ( petikan lirik Satu Peringatan : Diwani )
sumber: http://www.inteam.com.my/viewtopic.php?topic=662&forum=11
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum. jemputlah ke http://lindunganbulan.blogspot.com/ http://karyamuslim.blogspot.com/ serta http://dppkkj.blogspot.com/
Post a Comment