Sunday, July 20, 2008

Wednesday, April 25, 2007

Show Kusisdari USM @Equatorial Hotel




hehe..kami makan dulu yea..jap lagi nak perform ni





Pose kat belakang pentas..sebelum perform.









Irfan with "budak2 kompang"..budak palapes sumer ni




Irfan with YDP MPPUSM, Zuaril Akimi

Wednesday, February 21, 2007

Aktiviti Februari IRFAN

alhamdulillah, beberapa show telah dilaksanakan sebelum bermulanya cuti Tahun Baru Cina yang lepas. antaranya

1. persembahan sempena Konsert Amal Banjir Johor MPPUSM
2. persembahan sempena Malam MESRA bersama Anak2 Yatim anjuran Desasiswa Saujana
3. persembahan sempena Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MPPUSM

naik je cuti ni, ada satu 1 lg show
1. show sempena malam mesra anjuran Kelan Trooper Joran di Bayan Lepas (24hb)

bersiap sedialah wahai sahabat2 sekalian..huhu

Monday, December 25, 2006

Untuk Peringatan Bersama...

Akhlak seorang penasyid @ pendakwah...
alhamdulillah, semakin hari semakin banyak group nasyid yang muncul dan nasyid bukan saja dapat tempat di kalangan pencinta hiburan islam tapi juga didengari oleh semua lapisan masyarakat yang masih lagi leka dengan hiburan yang melalaikan dan merosakkan. Sekurangnya nasyid didengari dan dapat jadi benteng di tengah kelalaian mendengar hiburan yang merosakkan. Dalam suatu wawancara dalam MHI dengan group nasyid HAIKAL, antara soalan yang ditanya kepada HAIKAL ialah boleh cari makan ke dalam situasi sekarang dah terlalu banyak group nasyid yang muncul, tak takut dengan persaingan ke. Alhamdulillah jawapan yang diberikan memang tepat, katanya semakin banyak group nasyid yang muncul semakin kuat irama nasyid di persada muzik malaysia, dan semoga ia dapat menenggelamkan hiburan lain yang jelas melalaikan manusia. Walaubagaimanapun, sebagaimana pendengar dan peminat nasyid, kita tak seharus terlalu memuja penasyid-penasyid yang ada. Sememangnya kita tak seharusnyanya memuja mereka tapi memberi sokongan dan dorongan supaya group2 nasyid meneruskan dakwah mereka melalui irama nasyid ini. Pujian yang melebihi pujian Allah kepada mereka bisa membuatkan mereka lalai dan tenggelam dalam arus pujian-pujian, dikagumi kerana suaranya yang mantap, diminati kerana paras rupa yang cantik. Memanglah niat mereka suci bersih untuk berdakwah menyampaikan hiburan yang mendidik jiwa tapi bayangkan jika kita sering muncul di kaca TV, sentiasa disebut-sebut. Kita yang hidup sebagai orang awam ini pun tak terlepas dari ujian ujub, riak, bangga diri dan sebagainya apatah lagi mereka yang hidup sebaris dengan mereka yang digelar artis. Mereka dihujani surat-surat peminat, diminta untuk bergambar, diminta autograf, batasilah semua ini dengan niat dihati bahawa aku adalah seorang pendakwah bukanlah seorang artis untuk mendapat publisiti Memetik kata-kata vokalis qatrunada,abu rawahah atau sekarang dikenali dengan mawaddah putera katanya dia malu digelar artis dan dilebih senang digelar pendakwah. Katanya bernasyid bukanlah untuk menonjolkan diri dikhalayak ramai tapi bernasyid untuk menglamourkan Tuhan, mempromosikan Tuhan kepada manusia. Penasyid hari ini juga tidak seharusnya mengharapkan bayaran untuk peribadi mereka tapi bayaran untuk setiap show adalah untuk menampung kos-kos maintenance dan sebagainya sebab apa yang mereka sampaikan adalah kalimah- kalimah Allah dan petikan hadith2 Nabi. Mereka ibarat ustaz yang sedang memberi kuliah cuma dalam konteks yang berbeza. Sebagaimana seorang tuan guru yang benar2 ikhlas yang menyampaikan ilmunya sudah tentu apa yang disampaikan akan diamalkan oleh anak murid yang mendengarnya. Begitulah para penasyid sekalian, ikhlaskan dirimu dalam perjuanganmu, adalah semata-mata untuk mencari redha Allah semata-mata dan bukanlah untuk mengharapkan pujian dan sanjungan dari manusia. Semoga apa yang disampaikan mampu mendidik jiwa manusia untuk kembali kepada Tuhan dan bukanlah sekadar hiburan semata-mata. Penasyid-penasyid juga harus menjadi role model kepada masyarakat khususnya remaja. Samada dari segi penampilan mereka, pergaulan, amal ibadah mereka haruslah selari dengan apa yang disampaikan. Juga kita sebagai pendengar dan peminat janganlah kita terlalu memuja mereka dengan menghantar surat peminat dan sebagainya lebih-lebih lagi di kalangan muslimat. Minatilah lagu dan liriknya jangan minat tuannya kerana anda bisa membuatkan penasyid-penasyid muslimin boleh cair apabila dipuji oleh seorang yang bernama wanita. Dorongan dan sokongan kita untuk mengekalkan dan memartabatkan hiburan yang diredhai Allah ini di atas muka bumi ini dan menenggelamkan hiburan barat yang merupakan salah satu agenda barat untuk menghancurkan islam. Belilah kaset dan CD yang original untuk menyokong penasyid-penasyid kita untuk terus berjuang dalam persada irama nasyid di malaysia. " Berhati-hatilah menggunakan kalimah suci. Kalimah-kalimah suci jangan dijadikan untuk berlalai-lalai atau mencari rezeki. Janganlah dijadikan lafaz-lafaz yang mulia untuk cari nama. Untuk mendapatkan harta, dunia dan glamour " ( petikan lirik Satu Peringatan : Diwani )

sumber: http://www.inteam.com.my/viewtopic.php?topic=662&forum=11

Album Irfan 2006

Bismillah,
tirai 2006 bakal dilabuhkan dalam beberapa hari lagi. Banyak kenangan pahit dan manis..(isk..isk..)..terlalu banyak..sehingga tak mampu nak diungkapkan.apa pun,perjuangan mesti diteruskan.biarlah ahli2 kami yang pupus,asalkan nama IRFAN tidak pupus dan terus berada dalam lindungan Allah s.w.t sebagai salah satu kumpulan yg diredhai.ameen
''IRFAN''

dapat 3rd place Pertandingan Nasyid Peringkat negri Penang kategori Moden

~sedih gak sbb target waktu dpat johan..huhu



3 org ahli IRFAN (kat depan nun).

Pertandingan Nasyid Kebangsaan kat KLCC





Gambar masa show di Konsert Reunion Inteam kat DTSP,USM




Gambar masa Pertandingan Nasyid MAKUM kat Stadium Tertutup Nilai
*bru lepas dgr taklimat..





Gambar IRFAN bersama adik2 MRSM Transrian.alhamdulilah, diaorg dapat tempat ke-2 dalam pertandingan Nasyid Antara MRSM Semalaysia




Wednesday, December 20, 2006

Album Pertama Kumpulan Irfan USM


album ini mengandungi 12 track koleksi lagu kumpulan Irfan dan diselang-seli dengan alunan zikir munajat. album ini juga turut memuatkan satu lagu baru yang bertajuk 'nur aisyah' ciptaan salah seorang dari kumpulan kami iaitu Yusri atau nama timangannya 'yusroi'.semoga dengan kelahiran album pertama ini akan menjadi sebagai satu titik tolak untuk kami menghasilkan album kedua kami yang bakal diterbitkan pada awal tahun hadapan.insyaallah

Kesekian Kali...

bismillah...
buat julung2 kalinya,akhirnya ter'create' juga BLOG khas untuk satu2nya kumpulan nasyid di bumi Minden. insyaallah,blog ini bukan sahaja memaparkan aktiviti2 yang dijalankan oleh kami,malah sedikit sebanyak akan ada juga pengisian2 yang berfaedah.insyaallah...